Yang cantik atau keselesaan?

Assalamualaikum ,

Aku nak ucapkan syukur alhamdulillah sangat. Ni lah kali pertama aku kerja yang lama, nak masuk 5 bulan dah, even part time. Hehe. Aku kerja kedai bra, brand apa biarlah rahsia, sebab customer selalu bandingkan brand si polan dengan polan .. Typical Malaysian attitude kan ? Even cina, melayu dan india..

For me lah, in this situasi bra ni, korang rasa siapa lebih tahu? Customer or promoter? Cepat jawab cepat. Some customer hanya tengok bra sebab dia cantik. Yes, itu salah satu cara untuk cari pelanggan. Tapi kalau cantik pun tapi tak sesuai camne? How?

Biasanya sesuatu brand tu buat bra yang cantik hanya untuk saiz kecik je. Mana adil kan? Harhar . Aku kekadang nak cakap saiz takde untuk saiz besar pun dah rasa serba salah. Maybe dia fikir ''saiz besar takda yang cantik ke? Kenapa mesti untuk saiz kecik'' . 


Okay aku nak bagi pandangan lah kat sesiapa yang nak beli bra ni.. Kalau korang taktau nak pilih macam mana korang pergi je tanya promoter. Kalau dorang tak layan or tak explain pasal bra tu baik korang blah je dari beli salah. Kan dah membazir kan? Dan biasanya , customer taktau saiz sendiri. Ini memang aku pelik. Saiz sendiri tak tahu?

Kalau work-mate aku , sape yang taktau saiz dia kita orang akan pegang rasa. Haha . Wehh tak mainlah guna tape tu. Bhahaha . Tengok badan dan rasa bukit atas bawah je. Hikhik. Nikmat kerja bra, boleh rasa orang punya, haha


Tips dari aku..
Yang saiz besar tu, 
aku mintak tolong sangat, janganlah, PLEASE jangan beli bra yang ada push up and hook 
ada dua je dan tak support belakang. Pastikan bra tersebut cover all yang bukit korang tu k, tak de dia tersembul keluar . Haha Tapi tau tak yang support belakang tu camne ?

macam nilah support belakang yang sesuai untuk saiz besar

Tapi ada jugak yang nak support belakang tali nak yang kecik halus tu. Kalau dah tali dia kecik tu bra tu nak support kau punya yang berat tu macam mana? Ada jugak putus nanti. Hahaha. Pastikan korang selesa pakai bra tersebut k? Dan yang belakang tu tak terangkat, kalau terangkat sila tukar saiz besar sikit lilitan dia.

Untuk saiz kecik..
Ada jugak amik yang support sebab nak tutup lemak aka isi tepi tu supaya kalau pakai baju yang ketat tu tersoroklah isi tersebut. Pastikan saiz yang sesuai k? Jangan pakai terlalu ketat atau longgar k? Susah bila tua nanti.

Ada jugak yang tak suka pakai besi. Heyy kalau makcik tu takpelah jugak ! Ni baru dalam belasan, kau patut pakai k? Kalau tak besar nanti LOYOT ke bawah taulah. Tapi ada ke loyot ke atas? Hahaha. BIASANYA YG TAK SUKA PAKAI BESI SEBAB SAKIT, tau sakit kenapa? Sakit sebab saiz kau amik tu kecik sangat deyy. Tukarlah besar 1 saiz. Faham?


Jangan cakap yang besar belakang ni untuk MAKCIK k? Aku pun pakai dan kawan aku saiz yg 70C pun pakai macam ni. Lebih konfident kauu. Trylah , never try never know :)

p/s: ada jugak orang beli ikut mana yang boyfriend suka. Eh ?




Post a Comment

Hi , meh lah tinggalkan seketul komen :D