Kalau itu saudara kita..


Assalamualaikum ..

Aku paling menyampah bila nak baca apa yg orang share kat FB ni, kena like dulu lah .. Yang kat gambar ni kena tunggu 9949 saat .. Gila? Orang nak tahu cerita sekarang kena tunggu masa lama macam tu?.. Tp kebiasaannya aku like dulu lepastu aku UNLIKE balik! sebab aku tak ikhlas nak p like page tu.. Wakaka

Okay, hari tu masa tengah dalam pukul 12.55 pm lah kan, aku nak pergi amik adik aku balik sekolah tambahan dia. Yela dia tu UPSR, tp aku kena u turn balik ke rumah sebab aku lupa bawak helmet untuk dia. Hahaha .. 

Dah on the way balik nak amik helmet tu, masa tu atas high way, aku ternampak seorang yang mungkin 12 tahun yg sama baya dengan adik aku kot. Kurus dan kulit gelap tengah kutip sampah kat tepi high way tu. Selalu yang aku nampak tu makcik makcik atau pakcik. Ni budak kecik.. Mungkin dia tak sekolah dah kot..  Dia tengah kutip sampah yang korang buang sepah2 tu masa tengah panas terik tanpa pakai topi! 

Terus terfikir, macam mana kalau yang buat kerja tu mak aku ke, adik beradik aku atau pun boyfriend aku.. Nak ke aku buang sampah sepah2 lagi?

Kalau korang? Mak kau yang kutip sampah tepi jalan yang korang selalu buang tu.. Nak korang buang sampah merata2 lagi?

Lepas dari itu, terus aku cuba utk jadi orang yang tak buang sampah merata2 ..