Tengah hujan lebat pagi raya tu , aku , abang aku pergi lah beraya tapi time tu hujan lebatkan , kite orang pun singgah kat kedai Cik Pojie . Tetiba along datang naik motor suruh balik cepat . Along cakap
Along : Apit , Anys (nama dalam family) balik cepat . Ayah meninggal .
Abang aku masa tu dah jadi lain dah . Dia sepak terajang apa yang ada depan dia time tu . Aku ? Apa je aku tau time tu . Wehh , time first raya weh . Apa aku rasa bila umur aku darjah dua . Yahh , darjah dua . Yang aku tau , nak duit raya , tu je . Okay tu je aku nak , duit duit duit.
Aku tahu apa maksud meninggal dunia . Tapi aku tak dapat rasa lagi time tuh . Yes , memang aku menangis . Menangis teresak2 . Mama ? Mama pun lagi lah . Sampai tak larat . Pengsan kot . Aku menangis sampai aku penat . Last2 aku tertidur . Tau2 aku dah kat tempat lain . Sape lah dukung aku . Apadahal , tetek pun tak tumbuh lagi time tuh . Malu apakan ?
Ayah pergi tinggalkan Mama dengan anak2 kecik . Tau berapa adik beradik aku ? 8 orang . Sikit ke ramai . Aku number 5 .
- Number 5 umur 8 tahun .
- Number 6 umur 5 tahun ,
- Number 7 umur 4 tahun ,
- Number 8 tak sampai setahun , tapi hampir setahun .
See , sampai hati ayah tinggalkan Mama sorang2 jaga kami . Sampai hati ayah ....
Ayah dah masuk hospital seminggu sebelum raya . Dan ayah meninggal sebab stroke . Ayah suka minum manis . Dan ayah suka minum air rebina tu . Sampai sekarang kite orang ikut . Termasuk minum manis .. Ayah meninggal umur 36 kot . Sekarang dah 10 tahun ayah pergi . Ayah seorang yang tegas dan garang . Sumpah aku tak tipu .
Tanyalah abang kakak aku , sape yang tak pernah kena kepala besi tali pinggang , tak kena penampar , getah paip , kaki ayah bila tak jaga adik2 dgn baik . Adik nangis je , abang n kakak lah yg kena teruk .
Tipu aku cakap aku tak sedih bila ingat . Tipu aku cakap aku selalu sambut hari jadi dengan ayah . Tipu aku cakap aku selalu sambut hari bapa . Tipu aku cakap aku tak rindu dia . Tipu aku cakap aku tak sayang dia . Tipu aku cakap aku tak pernah rasa cium , peluk , sayang dari dia .Maybe aku pernah rasa bila aku kecik . Bila aku kecik apa yang aku ingat ? Gambar time kecik aku ada 1 je tau ?
Family datang dari family yang susah . Betul aku tak tipu . Mama kerja bawak van sekolah je . VAN sekolah . Berapalah sangat gaji dia untuk anak 8 orang tu ? Cukup ke ? Haihh ... Duduk pun rumah tak bercat . Batu bata je .
Aku selalu berharap ayah akan datang dalam mimpi aku . Ayah damailah kau kat sana . Tak pernah aku lupa doakan untuk ayah . Semoga Ayah dicucuri Rahmat . Semoga Allah ampunkan segala dosa2 ayah . Al-Fatihah .
Siblings and family - anda semua adalah kekuatan dan keyakinan saya . Tanpa mereka siapalah saya . Tanpa saya tak lengkap lah keluarga kita . Even kita selalu gaduh , terasa . itu semua adat adik beradik . Semogo hubungan kita sampai syurga .
Aku tulis ni bukan sebab aku nak mintak simpati korang . Cukup lah sedekahkan Al fatihah untuk ayah aku . Itu je . Aku tau korang baik :D .
Pesanan aku , hargailah ayah , mak , adik beradik korang . Tanpa diaorang , siapalah korang . Jangan sampai putuskan silaturrahim . Sayangilah mereka seikhlas hati korang . Jangan bila mereka dah takde baru kau tercari2 . Time tu , sampai bila pun kau takkan jumpa dah mereka yang dulu .
Follow @NishaSmsdn
Hy , Teringin memenangi pelbagai hadiah yang superb ? Terutama DOMAIN . Jom sertai sekarang !
ReplyDeletehttp://yayalarhsecret.blogspot.com/p/awesome-ga-in-blog.html
Alfatihah :')
ReplyDeleteAnyway, nice entry.
Alfatihah
ReplyDelete@★ ɥɹɐן ɐʎɐʎ hihi maseh invite :)
ReplyDelete@SyasyaAmila tenkiuuu :)
ReplyDelete@cerita best Amin and tenkiuu :)
ReplyDeleteal-fatihah utk arwah ayah adik...
ReplyDeletewelcome~~ :) Thanks jugak comment entry syasya ye! ;)
ReplyDelete@E'in maseh kak :D
ReplyDelete