Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah


564293_10151058074033915_1733748647_n_large
Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah | Apa itu Ulser Mulut ?
Kebanyakan daripada kita mesti pernah menghidap ulser. Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina tetapi golongon wanita mungkin lebih berisiko kerap menghidapinya terutamanya bagi wanita yang mengandung dan datang haidUlser mulut ini biasanya akan pulih dengan sendirinya dan kalau berulang pun tidaklah serius dan juga tidak berjangkit kepada sesiapa di sekeliling.
Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit seperti tergigit bibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam. Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.
Ulser mulut ialah tompokan putih di dalam mulut. Ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah. Bagi yang pernah menghidap penyakit ini tentunya tahu betapa sakitnya untuk menguyah makanankerana rasa perit dan sakit bila makanan terkena luka ulser mulut tadi.
Tanda-tanda Ulser
Tanda-tanda anda sedang menghidap ulser mulut :
* Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak
* Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas
* Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut
* Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka

Langkah Pencegahan

Langkah-langkah Pencegahan Awal Ulser Mulut :

* Minum air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid
* Jauhi makanan yang banyak mengandungi rempah
* Letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit
* Elakkan daripada tekanan perasaan
Aku dulu lah , banyak kali kena . Mama cakap , sebab aku suka lawan cakap Mama tu jd camtu . Haha . 

Sumber: Sihat Selalu | Koleksi Kesihatan & Riadah Informasi Malaysia Kini



Post a Comment

Hi , meh lah tinggalkan seketul komen :D